HEBAT, MENARIK. SANGAT BAGUS entah apa lagi yang mat kecoh nak cakap tentang kehebatan 5 remaja yang cover lagu Despacito dengan suara yang mempunyai kelas penyanyi dunia atau antarabangsa. Kehebatan 5 remaja ini memang sepatutnya diakaui. Mat Kecoh berharap lebih banyak lagi bakat-bakat dalam dunia seni suara ini diketengahkan pada masa-masa yang akan datang.
Korang semua jangan dengki pulak dengan bakat-bakat yang ada pada mereka berlima ni. Korang semua kena akur yang bakat itu Anugerah Allah jadi jangan berlagak pandai nak kecam mereka. Biarkan mereka ingin tonjolkan bakat mereka kerana tiada gunanya sekiranya bakat itu hanya dipendam semata-mata. Despacito satu lagu yang memang menghiburkan, Mat Kecoh percaya hampir semua dari korang semua adalah peminat lagu ini. Jadi alang-alang Mat Kecoh dah kongsi video 5 remaja cover lagu Despacito ini adalah lebih baik Mat Kecoh pun turut sama kongsikan lirik lagu Despacito.
0 Comments
MAT KECOH hari ini ingin berkongsi satu lirik lagu daripada salah seorang penyanyi cilik yang berbakat besar, artis yang Mat Kecoh maksudkan ialah Aliff Amierul dengan lagu dari single beliau yang berjudul Ku Percaya. Mendengar suaranya begitu mengasyikkan dan memang akan membuatkan korang semua terhibur bila mendengar lagu ini.
Aliff Amierul merupakan seorang penyanyi cilik yang berbakat, di harap beliau dapat menyaingi populariti penyanyi cilik dari seberang iaitu Tegar Septian. Mat Kecoh amat berharap janganlah kehadiran penyanyi cilik ini sekadar untuk satu lagu single ini sahaja, sebaiknya perbanyakkan lagi lagu-lagunya agar penyanyi cilik negara kita mampu menyaingi penyanyi cilik dari seberang terutamanya Tegar Septian. Daripada lagu yang bertajuk Ku Percaya nyanyian Aliff Amierul ini Mat Kecoh percaya bintang cilik ini ada nilai komersialnya dan mampu pergi jauh. Oleh yang demikian, jangan sia-siakan bakat yang ada pada bintang kecil ini demi kemajuan industri muzik tempatan. RAMADHAN telah berlalu pergi meninggalkan kita, kini kita berada pula di bulan Syawal 1434 Hijrah. Pada bulan inilah kita meraikan hari kemenangan kita setelah hampir sebulan kita menunaikan ibadah puasa bersama dengan amal ibadat yang menjadi penambah perisa untuk pahala puasa kita. Setelah hampir sebulan kita berperang dengan nafsu akhirnya dapat kita menyambut hari kemenangan kita dengan penuh kejayaan. Adakah puasa kita mendapat markah penuh ataupun tidak belum kita ketahui namun kita sudah berusaha untuk mencapai markah penuh namun kita hanyalah manusia biasa yang tak lekang melakukan kesalahan. Kesempatan ini Mat Kecoh ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca atau follower setia blog Mat Kecoh yang tak seberapa ini. Mat Kecoh menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada anda semua agar dapatlah anda semua memaafkan sebarang kesalahan dan kekhilafan Mat Kecoh. Kepada yang sedang leka menjamah juadah raya tu makanlah dengan elok-elok dan berpada-padalah maklum sahajalah sebulan kita berpuasa nanti perut kita 'terkejut' tak pasal-pasal pula kita berulang alik ke tandas. Hari ini Mat Kecoh ingin berkongsi korang yang mungkin boleh menghiburkan korang semua dikala korang sunyi sepi dan rasa boring meningkat dalam diri korang sendiri. Sebuah lagu yang syahdu dan menyentuh kalbu sesuai untuk jiwa korang semua, mungkin juga ia boleh dijadikan terapi muzik buat korang semua. Lagu yang Mat Kecoh maksudkan ialah Aku Suka Dia yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang baru meningkat naik dan juga boleh dikatakan cantik dan menarik dan boleh membuat sesiapa sahaja yang tertarik padanya ditambahan pula dengan suaranya yang merdu dan penuh kesyahduan. Ianya tak lain tak bukan siapa lagi kalau bukan Aina Tasneem. Mat Kecoh rasa sebelum korang menonton video muzik lagu tersebut, adalah lebih elok korang mendalami dan menghayati baitt-bait lagu yang cuba disampaikan sepertimana yang ditunjukkan di dalam lirik lagu tersebut di bawah ini: KALI ini Mat Kecoh nak berkongsi dengan anda semua yang Mat Kecoh sayangi sebuah lagu yang tengah 'top' dekat carta Era fm. Lagu ini bertajuk "Beribu Sesalan". Lagu ini dinyanyikan oleh 3 Suara. Memang asyik juga Mat Kecoh dengar lagu ni tak ada 'beribu sesalan' kalau korang semua mendengar dan menonton lagu ini.
Sebelum tu, Mat Kecoh nak beritahu bahawa 3 Suara ialah hasil gabungan tiga orang penyanyi hebat. Penyanyi-penyanyi yang Mat Kecoh Maksudkan ialah Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shylla Amzah. Mat Kecoh rasa adalah lebih elok sekiranya terlebih dahulu Mat Kecoh Kongsikan lirik lagu Beribu Sesalan terlebih dahulu untuk memudahkan korang semua mendengar sambil menyanyi lagu ini. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|